Ramai usahawan dan kontraktor yang masih tidak tahu dan ragu-ragu bagaimana untuk menjadi pembekal kerajaan dan memasuki perolehan kerajaan. Kali ini saya akan bincangkan bagaimana untuk anda mendaftarkan syarikat anda menjadi pembekal kerajaan dan memperolehi status eP-Enable . Untuk menjadi pembekal kerajaan anda perlulah mendaftarkan syarikat anda di SSM dan mendaftarkan syarikat anda dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF). Pendaftaran boleh dibuat secara online di laman we ePerolehan ( www.eperolehan.gov.my ). Syarikat anda perlulah memenuhi syarat yang telah ditetapkan di laman web tersebut sebelum membuat pendaftaran. Bagi pendaftaran baru, pendaftaran semula dan pembaharuan pendaftaran, kadar bayaran yang akan dikenakan adalah RM450 sahaja untuk tempoh 3 tahun. Ramai kontraktor membayar lebih untuk pendaftaran ini kerana tidak mencari maklumat yang tepat dan hanya bayar saja contohnya syarikat setiausaha yang mendaftarkan bagi pihak mereka. Charge yang dikenakan am...
Mari kita doakan segala yang berlaku sekarang pulih seperti sedia kala dengan segera. Kita doakan mangsa-mangsa banjir dapat terus bersabar dangan ujian ini dan kita bantulah mereka sedaya upaya kita. Berat mata memandang, pastinya berat lagi bahu yang memikul beban bencana ini. Tapi sama-samalah kita menempuh musibah yang melanda ini, yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul. Apa yang berlaku selepas banjir reda? Artikel yang lalu saya kongsikan bagaimana anda membuat keuntungan ketika bencana melanda. Dalam artikel ini pula saya kongsikan kesempatan kedua, untuk anda menjana lebih banyak keuntungan dan membantu lebih banyak kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. Pasti anda pernah terbaca di akhbar betapa teruknya impak selepas banjir di tahun-tahun yang lalu dan tahun ini lebih besar lagi. Pejabat-pejabat kerajaan, sekolah, klinik kerajaan, jalan raya, dan lain-lain fasiliti kerajaan rosak teruk. Bantuan dari anda amat-amat diperlukan untuk memulihkan keadaan menja...