Sudah dua bulan saya tidak menulis diblog ini, diharap anda tuan dan puan masih setia menjadi pembaca blog ini. Kali ini saya akan bicarakan satu isu yang agak sensitif, tapi bukanlah rahsia kerana formula, kaedah dan caranya tidak dikelaskan sebagai rahsia oleh pendaftar rahsia kerajaan. Oleh kerana setiap jabatan dan agensi kerajaan mempunyai cara tersendiri untuk menilai sebutharga dan tender yang dikeluarkan.
Ramai yang bertanya adakah apa yang saya kongsikan ini rahsia kerajaan? Adakah mereka bersalah dan boleh dikenakan tindakan jika menggunakannya?
Ini berlaku kerana orang awam terutama kontraktor tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan rahsia kerajaan. Sebenarnya, apa yang saya kongsikan adalah rahsia, tapi bukan rahsia kerajaan. Ia rahsia kerana kontraktor kerajaan dan kakitangan awam yang tidak terlibat dalam melakukan perolehan dan penilaian tidak mengetahuinya.
Dalam sebuah sebutharga memang tidak boleh lari dari penilaian kewangan dan penilaian teknikal. Kali ini saya bincangkan sedikit tentang penilaian teknikal, maklumat penuh telah saya kongsi dalam ebook yang saya tulis. Untuk memenangi sebuah sebutharga yang dikeluarkan, sesebuah syarikat yang menyertai perlu mendapat markah yang tinggi dalam penilaian teknikal.
Apakah perkara yang diambilkira dalam penilaian ini?
Spesifikasi MANDATORI. Kontraktor perlu memenuhi spesifikasi ini, jika tidak cadangan sebutharga anda akan ditolak diperingkat awal dan tidak dibawa ke peringkat seterusnya. Perkara-perkara yang bertanda MANDATORI dalam dokumen sebutharga perlulah diambil perhatian serius.
Kemudian penilaian akan tertumpu kepada setiap perkara dalam spesifikasi sesuatu produk atau perkhidmatan. Sebagai contoh anda membekal peralatan komputer, perkara penting dalam sebuah komputer seperti kelajuan prosessor, saiz hard disk, saiz memory, saiz monitor dan lain-lain. Setiap perkara ini akan dinilai dan diberikan markah.
Seterusnya penilaian akan menilai pengalaman kontraktor dalam skop bidang yang sama dengan tawaran sebutharga. Kontraktor perlu menyenaraikan kerja dan pengalaman yang pernah dilakukan dalam skop sama dalam jangka masa dua hingga lima tahun. Markah tinggi akan diberikan kepada kontraktor yang mempunyai banyak pengalaman kerja dalam skop sebutharga berdasarkan formula pengiraan tertentu.
Warranty kepada produk atau perkhidmatan juga akan dinilai. Kontraktor biasa hanya mengikut saja apa yang tercatat dalam dokumen sebutharga. Perlu diingatkan, semua spesifikasi di dalam dokumen sebutharga adalah spesifikasi minimum. Jika anda kontaktor yang bijak anda mampu berfikir dan memberikan jawapan terbaik untuk mendapat markah tinggi dalam semua bahagian.
Untuk maklumat lanjut, saya kongsikan semuanya dalam buku Kuasai Kontrak Kerajaan.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda!

Ulasan
Catat Ulasan