Saya baru selesai uruskan satu sebut harga untuk jabatan saya. Satu sebut harga mudah membeli satu peralatan untuk video conference. Saya telah menghantar tawaran sebut harga tertutup kepada 13 syarikat dan hanya 7 sahaja yang berminat menyertainya dengan menghantar sebut harga sebelum tarikh tutup.
Nasib baik kesemua syarikat yang menghantar sebut harga mempunyai kelayakan iaitu berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan bertaraf Bumiputera. Sebenarnya syarikat bukan Bumiputera pun boleh sertainya tapi keutamaan akan diberikan kepada syarikat bertaraf Bumiputera.
Dalam ebook, saya ada terangkan bagaimana peratusan keutamaan ini di kira. Apa kelebihan syarikat bertaraf Bumiputera berbanding syarikat bukan Bumiputera dalam perolehan kerajaan. Pastikan anda dapatkan maklumat yang tepat mengenainya.
Tapi, dari 7 sebut harga yang diterima, hanya 2 sebut harga sahaja yang memenuhi spesifikasi yang dinyatakan. 5 sebut harga lagi terpaksa ditolak kerana tidak memenuhi spesifikasi. Kesilapan yang mereka amat kecil, hanya tidak menyatakan akan membekalkan peralatan sekuriti. Jadi jawatankuasa yang dilantik terpaksa menolak sebut harga mereka walaupun harga yang diberikan munasabah.
Inilah yang saya katakan "Sabotaj Sebut Harga Sendiri", mereka sendiri mengambil sikap sambil lewa dalam menghantar sebut harga dengan tidak melengkapkan keperluan sebut harga. Jadi, saya nasihatkan kepada anda, sila semak semula dengan jabatan yang menolak sebut harga anda. Tanyakan kepada mereka kenapa sebut harga yang anda hantar ditolak. Bagaimana cara untuk memperbaiki kesilapan tersebut dan jangan ulangi kesilapan yang sama kemudian.
Jadi sebelum anda sabotaj sebut harga anda snediri, dapat kan ilmu dari buku Kuasai Kontrak Kerajaan yang dibuatkhas bagi membantu usahawan seperti anda.
Ulasan
Catat Ulasan