Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2014

Siapa Mahu Tolong Habiskan Jutaan Bajet Kerajaan?

Saya mulakan dengan persoalan siapa mahu tolong habiskan bajet kerajaan? Kerana jika bukan anda sudah pasti pesaing anda akan mengambil peluang ini. Jadi anda perlulah bijak dalam mengatur langkah dan strategi kerana ini adalah bisnes anda. Ambil peluang ini untuk menambah sebanyak ilmu pengetahuan dalam menyertai dan memenangi  kontrak kerajaan. Dengan menyertai banyak kontrak walaupun tidak memenangi akan membolehkan anda mempelajari sesuatu, itu pun jika anda dapat ambil pelajaran dari setiap kegagalan. Ramai yang tidak dapat apa-apa pelajaran, yang mereka tahu hanya mereka gagal dapatkan projek atau kontrak kerajaan yang disertai. Hanya segelintir yang mengambil inisiatif bertanyakan semula apakah kesilapan dan kelemahan mereka dan membetulkannya dalam penyertaan akan datang. Kini adalah masa yang paling sesuai untuk anda mengiatkan usaha  anda untuk mendapatkan pelbagai projek dari pelanggan anda, iaitu pihak kerajaan atau badan berkanun. Kerana apa? Sebab pi...

Tidak Pernah Menang Sebutharga?

Saya dapat banyak persoalan ini, "Saya dah banyak kali masuk sebutharga, tapi tak pernah menang." Pertanyaan begini biasanya saya akan dijawab dengan pertanyaan semula. Bidang apa yang anda bekalkan? Kepada siapa yang anda bekalkan? Adakah anda mengetahui latar belakang jabatan kerajaan yang mengeluarkan sebutharga tersebut? Berapakah anggaran bajet untuk sebutharga yang dikeluarkan? Jadi, di sini dengan ilmu dan pengalaman yang betul akan memudahkan anda untuk mendapatkan sesebuah projek dari jabatan kerajaan. Syarikat yang berpengalaman tahu apa yang jabatan kerajaan mahukan dan mereka mempunyai maklumat yang anda tiada. Menang agak sukar untuk anda  memenangi sebutharga yang anda sertai, jika tidak ada ilmu. Apa yang saya kongsikan ini bukanlah membolehkan anda menang serta merta, tapi meningkatkan peluang anda untuk menang. Jika anda buat dengan betul dan memang rezeki anda, tiada siapa dapat menghalangnya. Apa yang pihak jabatan kerajaan mahukan? Apabil...