Langkau ke kandungan utama

Siapa Mahu Tolong Habiskan Jutaan Bajet Kerajaan?


Saya mulakan dengan persoalan siapa mahu tolong habiskan bajet kerajaan?
Kerana jika bukan anda sudah pasti pesaing anda akan mengambil peluang ini. Jadi anda perlulah bijak dalam mengatur langkah dan strategi kerana ini adalah bisnes anda.

Ambil peluang ini untuk menambah sebanyak ilmu pengetahuan dalam menyertai dan memenangi kontrak kerajaan. Dengan menyertai banyak kontrak walaupun tidak memenangi akan membolehkan anda mempelajari sesuatu, itu pun jika anda dapat ambil pelajaran dari setiap kegagalan.

Ramai yang tidak dapat apa-apa pelajaran, yang mereka tahu hanya mereka gagal dapatkan projek atau kontrak kerajaan yang disertai. Hanya segelintir yang mengambil inisiatif bertanyakan semula apakah kesilapan dan kelemahan mereka dan membetulkannya dalam penyertaan akan datang.

Kini adalah masa yang paling sesuai untuk anda mengiatkan usaha  anda untuk mendapatkan pelbagai projek dari pelanggan anda, iaitu pihak kerajaan atau badan berkanun. Kerana apa? Sebab pihak kerajaan sudah kesuntukan masa  untuk membelanjakan duit peruntukan yang mereka ada.

Saya pasti anda tahu bahawa akaun kerajaan akan ditutup pada minggu kedua bulan November setiap tahun. Jadi, mereka hanya  ada masa kurang dari 3 bulan untuk menghabiskan peruntukan yang mereka ada. Sekarang bukalah masa yang sesuai untuk berjimat cermat.

Apakah implikasi kepada jabatan atau agensi jika mereka gagal menghabiskan peruntukan yang diberikan? 
Banyak kesannya tetapi yang paling besar adalah peruntukan mereka pada tahun ini akan terpaksa dipulangkan kepada Kementerian Kewangan. Kemudian peruntukan untuk tahun berikutnya akan dipotong oleh Kementerian Kewangan kerana jabatan atau agensi tersebut dianggap gagal menguruskan kewangan dengan baik.

Jadi. Inilah peluang anda untuk dekati mereka dan bantu mereka untuk habiskan duit peruntukan dengan bertanyakan keperluan mereka dan menawarkan produk atau perkhidmatan. Disamping itu anda juga boleh mencadangkan kepada mereka mereka produk dan perkhidmatan
baru untuk perolehan pada tahun hadapan.

Dapatkan buku Kuasai Kontrak Kerajaan di sini:

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bagaimana Menjadi Pembekal Kerajaan dan Mendaftar ePerolehan

Ramai usahawan dan kontraktor yang masih tidak tahu dan ragu-ragu bagaimana untuk menjadi pembekal kerajaan dan memasuki perolehan kerajaan. Kali ini saya akan bincangkan bagaimana untuk anda mendaftarkan syarikat anda menjadi pembekal kerajaan dan memperolehi status eP-Enable . Untuk menjadi pembekal kerajaan anda perlulah mendaftarkan syarikat anda di SSM dan mendaftarkan syarikat anda dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF). Pendaftaran boleh dibuat secara online di laman we ePerolehan ( www.eperolehan.gov.my ). Syarikat anda perlulah memenuhi syarat yang telah ditetapkan di laman web tersebut sebelum membuat pendaftaran. Bagi pendaftaran baru, pendaftaran semula dan pembaharuan pendaftaran, kadar bayaran yang akan dikenakan adalah RM450 sahaja untuk tempoh 3 tahun. Ramai kontraktor membayar lebih untuk pendaftaran ini kerana tidak mencari maklumat yang tepat dan hanya bayar saja contohnya syarikat setiausaha yang mendaftarkan bagi pihak mereka. Charge yang dikenakan am...

Penyebutharga Sabotaj Sebutharga Sendiri

Saya baru selesai uruskan satu sebut harga untuk jabatan saya. Satu sebut harga mudah membeli satu peralatan untuk video conference. Saya telah menghantar tawaran sebut harga tertutup kepada 13 syarikat dan hanya 7 sahaja yang berminat menyertainya dengan menghantar sebut harga sebelum tarikh tutup. Nasib baik kesemua syarikat yang menghantar sebut harga mempunyai kelayakan iaitu berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan bertaraf Bumiputera. Sebenarnya syarikat bukan Bumiputera pun boleh sertainya tapi keutamaan akan diberikan kepada syarikat bertaraf Bumiputera. Dalam ebook, saya ada terangkan bagaimana peratusan keutamaan ini di kira. Apa kelebihan syarikat bertaraf Bumiputera berbanding syarikat bukan Bumiputera dalam perolehan kerajaan. Pastikan anda dapatkan maklumat yang tepat mengenainya. Tapi, dari 7 sebut harga yang diterima, hanya 2 sebut harga sahaja yang memenuhi spesifikasi yang dinyatakan. 5 sebut harga lagi terpaksa ditolak kerana tidak memenuhi spesifikasi. Kes...

Menunggu Peruntukan Perolehan Kerajaan dan Tawaran Sebutharga dan Tender

Kini telah masuk minggu terakhir bulan Januari, banyak Jabatan dan Agensi masih belum lagi diberikan peruntukan dari Kementerian. Dalam fasa ini pihak Kementerian telah menerima peruntukan yang diminta daripada Kementerian Kewangan. Jumlah peruntukan yang diberikan adalah bergantung kepada jumlah yang diminta oleh Kementerian pada tahun sebelumnya. Pada kebiasaannya terdapat potongan kepada peruntukan yang diminta oleh Kementerian. Oleh kerana Kementerian Kewangan telah membuat potongan kepada peruntukan Kementerian, peruntukan Jabatan dan Agensi dibawahnya juga akan menerima impak. Ada kemungkinan peruntukan akan dipotong untuk perolehan yang tidak "urgent" atau perbelanjaan yang boleh dijimatkan.  Tempoh masa peruntukan dari Kementerian Kewangan sampai ke Agensi dan Jabatan adalah lebih kurang dua bulan. Biasanya pada bulan Januari dan Februari, jarang ada sebut harga dan tender dikeluarkan. Ini kerana pada masa tersebut peruntukan belum ada, walaupun perolehan / ...