Mari kita doakan segala yang berlaku sekarang pulih seperti sedia kala dengan segera. Kita doakan mangsa-mangsa banjir dapat terus bersabar dangan ujian ini dan kita bantulah mereka sedaya upaya kita. Berat mata memandang, pastinya berat lagi bahu yang memikul beban bencana ini. Tapi sama-samalah kita menempuh musibah yang melanda ini, yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul.
Apa yang berlaku selepas banjir reda?
Artikel yang lalu saya kongsikan bagaimana anda membuat keuntungan ketika bencana melanda. Dalam artikel ini pula saya kongsikan kesempatan kedua, untuk anda menjana lebih banyak keuntungan dan membantu lebih banyak kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.Pasti anda pernah terbaca di akhbar betapa teruknya impak selepas banjir di tahun-tahun yang lalu dan tahun ini lebih besar lagi. Pejabat-pejabat kerajaan, sekolah, klinik kerajaan, jalan raya, dan lain-lain fasiliti kerajaan rosak teruk.
Bantuan dari anda amat-amat diperlukan untuk memulihkan keadaan menjadi sedia kala agar operasi dan perkhidmatan kerajaan dapat diberikan kepada rakyat. Di sini saya berikan sedikit idea apa yang boleh anda lakukan.
Contohnya melakukan kerja-kerja pembersihan, membekal semula perabut dan peralatan pejabat yang rosak, memperbaiki bangunan, atap, longkang, membekal dan memperbaiki peralatan elektrikal dan mekanikal, komputer, pencetak, memperbaiki kenderaan kerajaan yang rosak, membekal kenderaan baru dan pelbagai lagi produk, kerja dan perkhidmatan yang boleh anda bekalkan mengikut keperluan kementerian, jabatan dan agensi di kawasan terbabit.
Menjadi usahawan/kontraktor dengan membekalkan produk dan perkhidmatan kepada kerajaan bukan saja satu tugas dan tanggungjawab yang besar ia juga dapat menyelamatkan nyawa dan berkhidmat kepada rakyat. Jangan hanya fikirkan keuntungan yang dapat dijana tetapi lebih penting lagi berapa ramai yang mendapat manfaat dari apa yang anda lakukan.
Dapatkan ebook
102 Persoalan Kontrak Kerajaan di sini!
Ulasan
Catat Ulasan