Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

Item-item Yang Boleh Dibekalkan Dalam Perolehan Kerajaan

Persoalan yang akan dijawab kali ini adalah berkenaan dengan Perolehan Kerajaan secara Pembelian Terus, saya akan menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan setiap jenis item dalam perolehan ini. Anda perlu diketahui setiap jenis item merujuk kepada pembelian terus bekalan dan perkhidmatan sehingga RM50,000 setahun dari mana-mana pembekal tidak kira sama ada pembekalan berdaftar atau tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan sama ada pembekal bertaraf Bumiputera atau tidak. Maksud setiap jenis item boleh ditafsirkan berdasarkan kepada contoh-contoh berikut: 1. pelbagai alat ganti yang berbeza bagi kenderaan yang sama adalah ditafsirkan sebagai jenis item yang berbeza disebabkan fungsi itemnya yang berbeza. Walau bagaimanapun, alat ganti gunasama atau proprietary item dikira daripada jenis item yang sama walaupun digunakan pada kenderaan yang berlainan. Dapatkan buku Kuasai Kontrak Kerajaan Sekarang. STOK TERHAD! KLIK SINI SEKARANG! 2. ite...

Penetapan Bajet Dalam Perolehan Kerajaan

Kali ini saya akan kongsikan tentang bagaimanakah penentuan harga dilakukan? dan bagaimana harga yang dikenakan bagi perolehan kerajaan secara pembelian terus adalah harga yang berpatutan? Untuk makluman anda, adalah menjadi satu kewajipan setiap pegawai yang menguruskan perolehan membuat kajian pasaran bagi memastikan harga bekalan atau perkhidmatan yang hendak diperolehi adalah berpatutan dan menguntungkan Kerajaan. Pegawai hendaklah menentukan tawaran harga bekalan atau perkhidmatan yang hendak diperolehi adalah berpatutan setelah mengambil kira kualiti, harga, kegunaan barang itu dan faktor-faktor lain yang berkaitan termasuk kos penghantaran, tempoh waranti, khidmat selepas jualan dan sebagainya. Proses ini dinamakan kajian pasaran, ia hendaklah dibuat terlebih dahulu bagi mendapatkan sebut harga secara tidak rasmi daripada beberapa pembekal/syarikat sebelum perolehan dilaksanakan. Walau bagaimanapun, sebut harga tidak rasmi tersebut tidak perlu dibuka, dijadualkan...

Berapa Peratus Nak Mark-up Harga Dalam Kontrak Kerajaan?

Pada kali ini saya akan kongsikan satu rahsia besar. Jika dalam pengurusan dokumen kerajaan, fail bertanda Rahsia Besar berwarna kuning dan berpalang(X). Rahsia ini membolehkan anda berpotensi besar untuk menang dalam sebutharga atau tender yang anda sertai. Apa rahsianya? Harga, selepas anda melengkapkan dokumen spesifikasi teknikal sebutharga/tender, anda perlu melengkapkan dokumen spesifikasi harga. Ini bagi membolehkan jawatankuasa harga menilai kekuatan syarikat anda dan harga yang anda tawarkan untuk sebut harga atau tender yang cuba anda menangi. Persoalan dikalangan kontraktor/usahawan baru, berapa peratus saya nak mark-up harga? Adakah boleh saya mark-up sehingga 100%? Berapa harga paling sesuai untuk anda mark-up? Saya akan berikan anda jawapannya mengikut kebiasaan yang saya lakukan semasa menyediakan dokumen sebut harga atau tender. Klik sini untuk tempahan Mengikut peraturannya sebelum sesuatu sebut harga atau tender dikeluarkan, pihak yang melaks...

Bagaimana Untuk Jadi Pembekal Kepada Kerajaan?

Melalui post di blog ini saya akan membantu anda untuk menjadi usahawan/peniaga/pembekal/kontraktor serta berkongsi rahsia, pengetahuan, dan pengalaman dalam menjalankan urusan perniagaan melalui perolehan kerajaan . Seperti yang anda sedia maklum kerajaan Malaysia membelanjakan ratusan billion ringgit setahun untuk menguruskan kerajaan dan memberikan kemudahan kepada rakyat dengan cara perolehan kerajaan yang seperti pembelian terus, sebut harga dan tender. Klik sini untuk tempahan! Untuk menjadikan anda dan syarikat anda,  mahir dalam menyertai perolehan kerajaan ia adalah memakan masa, untuk menang sesuatu perolehan adalah satu perolehan adalah sesuatu yang amat diperlukan untuk terus maju dan kekal bersaing. Bagaimana untuk menang? Jika anda,  perlukan masa yang panjang untuk belajar dan memahami segala peraturan dan syarat serta apa yang diperlukan oleh kerajaan dalam sesebuah perolehan sama ada secara pembelian terus, sebutharga atau tender. Sa...