Saya dapat banyak persoalan ini,
"Saya dah banyak kali masuk sebutharga, tapi tak pernah menang."
Pertanyaan begini biasanya saya akan dijawab dengan pertanyaan semula.
Bidang apa yang anda bekalkan? Kepada siapa yang anda bekalkan? Adakah anda mengetahui latar belakang jabatan kerajaan yang mengeluarkan sebutharga tersebut? Berapakah anggaran bajet untuk sebutharga yang dikeluarkan?
Jadi, di sini dengan ilmu dan pengalaman yang betul akan memudahkan anda untuk mendapatkan sesebuah projek dari jabatan kerajaan. Syarikat yang berpengalaman tahu apa yang jabatan kerajaan mahukan dan mereka mempunyai maklumat yang anda tiada.
Menang agak sukar untuk anda memenangi sebutharga yang anda sertai, jika tidak ada ilmu. Apa yang saya kongsikan ini bukanlah membolehkan anda menang serta merta, tapi meningkatkan peluang anda untuk menang. Jika anda buat dengan betul dan memang rezeki anda, tiada siapa dapat menghalangnya.
Apa yang pihak jabatan kerajaan mahukan?
Apabila anda menghantar dokumen sebutharga pastikan semua perkara yang diminta dalam klausa dokumen sebutharga disertakan. Jangan tinggal satu pun. Di sini pihak kerajaan melihat komitmen syarikat yang menyertai sebutharga tersebut. Bagaimana kerajaan mahu berikan projek kepada anda jika tanggungjawab untuk lengkapkan dokumen pun sudah anda langgar? Di sini pun sudah nampak syarikat anda tidak bersungguh-sungguh.
Jika ada lawatan tapak, pastikan anda atau wakil syarikat anda hadir. Ini juga satu perkara yang amat penting. Banyak syarikat tidak mengambil endah perkara ini. Akibatnya dokumen syarikat anda tidak dinilai dan usaha anda menjadi sia-sia.
Banyak lagi perkara yang perlu anda ambil perhatian, terutama dalam penyediaan dokumen teknikal dan harga. In sya Allah saya akan menulis lagi untuk anda.
Dapatkan buku Kuasai Kontrak Kerajaan di sini.

Ulasan
Catat Ulasan