Mari kita sama-sama berdoa agar keadaan banjir besar di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan lain-lain kawasan yang terlibat reda dengan cepat. Tapi, ada berita mengatakan mungkin akan terjadi gelombang kedua dan ketiga banjir selepas ini, sama-sama kita berhati-hati dan membantu mereka yang dalam kesusahan.
Mungkin anda pernah mendengar kata-kata ini,
"Dalam kesempitan ada kesempatan"
Tahukan anda tentang "Perolehan Darurat"?
Perolehan ini dilakukan apabila kementerian, jabatan atau agensi kerajaan terpaksa membuat pembelian atas sebab-sebab bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan lain-lain.
Klik sini untuk buku Kuasai Kontrak Kerajaan
Sebagai apabila berlakunya bencana banjir, peruntukan kecemasan akan digunakan untuk membeli keperluan mangsa yang terlibat seperti bahan makanan, bahan keperluan, bot, menyewa lori, generator dan pelbagai lagi barang dan perkhidmatan yang dapat dibekalkan untuk membantu mangsa-mangsa banjir ini meneruskan kehidupan mereka.
Sebagai seorang usahawan/kontraktor yang bijak peluang, pasti akan dapat mengambil kesempatan ini bagi membantu kerajaan menyelesaikan masalah yang timbul dengan membekalkan produk dan perkhidmatan yang diperlukan. Bantuan dari anda amat-amat diperlukan bagi kelancaran pengagihan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir dan juga mereka yang terlibat dalam memberi bantuan seperti sukarelawan.
Dalam perolehan darurat ini terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi dan segala peraturan dan prosedur perolehan adalah dikecualikan bagi mempercepatkan proses perolehan. Jabatan dan agensi yang terlibat dalam perolehan ini perlu mengemukakan laporan perolehan kepada Kementerian Kewangan dalam tempoh satu bulan. Kementerian Kewangan akan membuat bayaran kepada anda mengikut jumlah invois yang telah dihantar.
Maklumat lebih mendalam anda boleh dapatkan di dalam buku Kuasai Kontrak Kerajaan
Mari kita sama-sama membaca doa ini.
Mari kita sama-sama membaca doa ini.
Ulasan
Catat Ulasan