Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2013

Konsep dan Proses Sistem eBidding

Bagaimana perniagaan anda sekarang ini? Jangan lupa untuk bersyukur dengan pemberian dan ujian dari Allah. Dia maha mengetahui apa yang terbaik yang sudah direncanakan untuk hambanya. Berbalik kepada persoalan awal kita dalam artikel saya kali ini, iaitu eBidding. Pernah dengar tak? Bagi yang sudah memiliki  buku Kuasai Kontrak Kerajaan .  pasti sudah mengetahuinya. Ia adalah sistem di mana pihak kerajaan melakukan proses tender bagi memilih kontraktor yang   memberikan harga yang paling rendah untuk tender produk, perkhidmatan atau kerja yang dikeluarkan. Pihak kerajaan akan membuka tender dan menilai semua dokumen teknikal dan kewangan dari petender. Petender yang melepasi penilaian akan dipanggil untuk menyertai eBidding.  Petender yang layak akan diberikan tempoh untuk meletakkan harga ke dalam sistem dan membida tender tersebut bersama-sama petender-petender lain yang melepasi penilaian teknikal. Faktor harga memainkan peranan utama di sini....

Pemasaran Dalam Perolehan Kerajaan

Kali ini saya akan kongsikan satu perkara penting iaitu pemasaran. Pemasaran dalam perolehan kerajaan amat perlu kerana dari sanalah produk atau perkhidmatan anda akan diketahui oleh Jabatan atau Agensi yang memerlukannya. Jika produk anda baru dipasaran dan ianya berpotensi untuk digunakan oleh Jabatan atau Agensi kerajaan,anda perlu memulakan langkah untuk promosikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan setahun lebih awal. Mengapa saya katakan begitu? Ia adalah kerana pihak kerajaan perlu melakukan kajian dan menilai impak produk dan perkhidmatan anda kepada Jabatan atau Agensi yang terlibat. Selain dari itu faktor kos juga memainkan peranan, pihak kerajaan perlu membuat kajian pasaran dan meminta peruntukan dari bahagian kewangan kementerian sebelum Jabatan atau Agensi dapat membuat perolehan produk dan perkhidmatan dari anda. Jadi, jika anda ada sesuatu yang baru, anda boleh melakukan temujanji dengan pegawai yang berkenaan dan melakukan demo produk atau pe...

Perlu Bina Kepercayaan Kerajaan

Dalam artikel   ini saya nak kongsi sedikit tips ringkas mengenai membina kepercayaan Jabatan dan Agensi kerajaan kepada anda dan syarikat anda.   Jika anda mengikuti dan membaca artikel-artikel di blog ini sejak sekian lama, saya pasti mesti anda sudah memahami setiap aspek dalam perolehan kerajaan . Telah mengetahui kitaran perancangan perolehan dan fahami prinsip serta keperluan kerajaan. Peluang pasti sentiasa ada dan menanti kontraktor yang pandai mencari dan mencuri peluang. Mulakan dengan membantu pihak Jabatan menentukan peruntukan(bajet) yang diperlukan dengan membekalkan sebutharga yang diminta. Lakukan kajian dalam menentukan setiap cadangan yang diberikan dalam sebutharga yang diperlukan. Berikanlah perkhidmatan terbaik supaya nama syarikat anda dikenali dengan perkara baik yang telah dilakukan. Rebutlah peluang membina hubungan dan mendapatkan kepercayaan dari pihak kerajaan dengan menawarkan perkara yang diperlukan secara percuma (mengikut budi bicara ...

Prinsip Yang Dipegang Dalam Perolehan Kerajaan

Artikel kali ini pendek sahaja, tapi ia penting untuk anda ketahui. Ia adalah berkenaan prinsip yang dipegang dalam setiap   perolehan kerajaan. Tidak kira berapa nilai perolehan atau apa kaedah yang digunakan samaada panjar wang runcit, pembelian terus, sebutharga atau tender sekalipun perlu mematuhi prinsip ini. Sesebuah perolehan yang dilakukan perlulah memberikan nilai faedah yang terbaik dengan wang yang telah dibelanjakan. Pihak kerajaan tidak semestinya memilih bekalan, perkhidmatan atau kerja yang menawarkan harga yang paling murah tanpa memikirkan soal kualiti dan faedah jangka masa panjang sesuatu perolehan itu. Perolehan akan dibuat setelah semua aspek dan faedah yang akan diperolehi diambilkira. Jadi, di sini anda dapat mengetahui bagaimana perolehan kerajaan itu dinilai, apa yang syarikat anda   tawarkan adalah lebih penting daripada harga yang ditawarkan. Berilah tawaran terbaik dan berikan nilai tambah dalam setiap perolehan yang anda sertai. Ini pas...

Tips Jawab Dokumen Cadangan Teknikal Sebutharga dan Tender

Terima kasih kerana masih menjadi pengunjung dan pembaca blog saya. Saya berharap semoga apa yang telah dikongsikan memberi manfaat dan menambah ilmu pengetahuan anda. Artikel kali ini saya akan kongsikan sedikit berkenaan dengan penyediaan dokumen teknikal dalam anda menyertai sebutharga dan tender kerajaan . Untuk melengkapkan penyertaan anda dalam sebutharga dan tender, anda perlu sediakan dan menghantar Dokumen Cadangan Harga dan Dokumen Cadangan Teknikal. Bagaimana anda perlu menjawab dokumen tersebut dengan betul?  Apa kesalahan yang kebanyakan kontraktor lakukan ketika menyertainya? Untuk pengetahuan anda setiap jawapan yang anda isi diruangan jawapan dalam spesifikasi teknikal yang diperlukan oleh Jabatan mempunyai markah yang tertentu. Setiap jadual yang dinyatakan mengandungi markah yang berbeza dan mempunyai peratusan nilai pemberat tertentu. Harap anda dapat beri perhatian, dari pengalaman saya dalam menilai sebutharga atau tender, kontraktor ...

Jabatan Perlu Habiskan Peruntukan Mereka Untuk Jaga KPI

Jika anda perasan banyak iklan-iklan pembelian terus, sebutharga dan tender keluar sekarang sama ada di papan kenyataan Jabatan atau Agensi kerajaan dan di akhbar-akhbar utama. Ini adalah kerana akaun tahunan kerajaan akan ditutup pada hujung tahun dan semua Jabatan dan Agensi perlu habiskan peruntukan/ bajet masing-masing. Jika peruntukan tidak dapat dihabiskan ini memberi impak buruk kepada KPI Jabatan atau Agensi terbabit. Impak dari kelemahan ini pihak Perbendaharaan Malaysia/ Kementerian Kewangan akan memotong peruntukan bagi tahun akan datang akibat kegagalan dalam menguruskan perbelanjaan mereka. Saya rasa amat rugi jika anda tidak mengambil peluangn keemasan ini dengan membekalkan produk dan perkhidmatan anda kepada kerajaan. Jangan lihat saja, gunakan kesempatan ini dengan sebaik mungkin. Jika gagal tidak mengapa jadikan ia satu pengajaran dalam menambah pengalaman anda. Sekurang-kurangnya anda telah berusaha dan mencuba... Tetapi, untuk menyertai peroleha...