Langkau ke kandungan utama

Jabatan Perlu Habiskan Peruntukan Mereka Untuk Jaga KPI

Jika anda perasan banyak iklan-iklan pembelian terus, sebutharga dan tender keluar sekarang sama ada di papan kenyataan Jabatan atau Agensi kerajaan dan di akhbar-akhbar utama.

Ini adalah kerana akaun tahunan kerajaan akan ditutup pada hujung tahun dan semua Jabatan dan Agensi perlu habiskan peruntukan/ bajet masing-masing.
Jika peruntukan tidak dapat dihabiskan ini memberi impak buruk kepada KPI Jabatan atau Agensi terbabit. Impak dari kelemahan ini pihak Perbendaharaan Malaysia/ Kementerian Kewangan akan memotong peruntukan bagi tahun akan datang akibat kegagalan dalam menguruskan perbelanjaan mereka.


Saya rasa amat rugi jika anda tidak mengambil peluangn keemasan ini dengan membekalkan produk dan perkhidmatan anda kepada kerajaan. Jangan lihat saja, gunakan kesempatan ini dengan sebaik mungkin. Jika gagal tidak mengapa jadikan ia satu pengajaran dalam menambah pengalaman anda.
Sekurang-kurangnya anda telah berusaha dan mencuba...

Tetapi, untuk menyertai perolehan perlukan ilmu yang betul. Jika masih belum  memiliki buku Kuasai Kontrak Kerajaan, yang sudah dimiliki oleh beribu usahawan dan kontraktor di Malaysia.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bagaimana Menjadi Pembekal Kerajaan dan Mendaftar ePerolehan

Ramai usahawan dan kontraktor yang masih tidak tahu dan ragu-ragu bagaimana untuk menjadi pembekal kerajaan dan memasuki perolehan kerajaan. Kali ini saya akan bincangkan bagaimana untuk anda mendaftarkan syarikat anda menjadi pembekal kerajaan dan memperolehi status eP-Enable . Untuk menjadi pembekal kerajaan anda perlulah mendaftarkan syarikat anda di SSM dan mendaftarkan syarikat anda dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF). Pendaftaran boleh dibuat secara online di laman we ePerolehan ( www.eperolehan.gov.my ). Syarikat anda perlulah memenuhi syarat yang telah ditetapkan di laman web tersebut sebelum membuat pendaftaran. Bagi pendaftaran baru, pendaftaran semula dan pembaharuan pendaftaran, kadar bayaran yang akan dikenakan adalah RM450 sahaja untuk tempoh 3 tahun. Ramai kontraktor membayar lebih untuk pendaftaran ini kerana tidak mencari maklumat yang tepat dan hanya bayar saja contohnya syarikat setiausaha yang mendaftarkan bagi pihak mereka. Charge yang dikenakan am...

Penyebutharga Sabotaj Sebutharga Sendiri

Saya baru selesai uruskan satu sebut harga untuk jabatan saya. Satu sebut harga mudah membeli satu peralatan untuk video conference. Saya telah menghantar tawaran sebut harga tertutup kepada 13 syarikat dan hanya 7 sahaja yang berminat menyertainya dengan menghantar sebut harga sebelum tarikh tutup. Nasib baik kesemua syarikat yang menghantar sebut harga mempunyai kelayakan iaitu berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan bertaraf Bumiputera. Sebenarnya syarikat bukan Bumiputera pun boleh sertainya tapi keutamaan akan diberikan kepada syarikat bertaraf Bumiputera. Dalam ebook, saya ada terangkan bagaimana peratusan keutamaan ini di kira. Apa kelebihan syarikat bertaraf Bumiputera berbanding syarikat bukan Bumiputera dalam perolehan kerajaan. Pastikan anda dapatkan maklumat yang tepat mengenainya. Tapi, dari 7 sebut harga yang diterima, hanya 2 sebut harga sahaja yang memenuhi spesifikasi yang dinyatakan. 5 sebut harga lagi terpaksa ditolak kerana tidak memenuhi spesifikasi. Kes...

Menunggu Peruntukan Perolehan Kerajaan dan Tawaran Sebutharga dan Tender

Kini telah masuk minggu terakhir bulan Januari, banyak Jabatan dan Agensi masih belum lagi diberikan peruntukan dari Kementerian. Dalam fasa ini pihak Kementerian telah menerima peruntukan yang diminta daripada Kementerian Kewangan. Jumlah peruntukan yang diberikan adalah bergantung kepada jumlah yang diminta oleh Kementerian pada tahun sebelumnya. Pada kebiasaannya terdapat potongan kepada peruntukan yang diminta oleh Kementerian. Oleh kerana Kementerian Kewangan telah membuat potongan kepada peruntukan Kementerian, peruntukan Jabatan dan Agensi dibawahnya juga akan menerima impak. Ada kemungkinan peruntukan akan dipotong untuk perolehan yang tidak "urgent" atau perbelanjaan yang boleh dijimatkan.  Tempoh masa peruntukan dari Kementerian Kewangan sampai ke Agensi dan Jabatan adalah lebih kurang dua bulan. Biasanya pada bulan Januari dan Februari, jarang ada sebut harga dan tender dikeluarkan. Ini kerana pada masa tersebut peruntukan belum ada, walaupun perolehan / ...