Artikel
kali ini pendek sahaja, tapi ia penting untuk anda ketahui. Ia adalah berkenaan
prinsip yang dipegang dalam setiap perolehan kerajaan. Tidak kira berapa nilai
perolehan atau apa kaedah yang digunakan samaada panjar wang runcit, pembelian
terus, sebutharga atau tender sekalipun perlu mematuhi prinsip ini.
Sesebuah
perolehan yang dilakukan perlulah memberikan nilai faedah yang terbaik dengan
wang yang telah dibelanjakan. Pihak kerajaan tidak semestinya memilih bekalan,
perkhidmatan atau kerja yang menawarkan harga yang paling murah tanpa
memikirkan soal kualiti dan faedah jangka masa panjang sesuatu perolehan itu. Perolehan
akan dibuat setelah semua aspek dan faedah yang akan diperolehi diambilkira.
Jadi,
di sini anda dapat mengetahui bagaimana perolehan kerajaan itu dinilai, apa
yang syarikat anda tawarkan adalah lebih
penting daripada harga yang ditawarkan. Berilah tawaran terbaik dan berikan
nilai tambah dalam setiap perolehan yang anda sertai. Ini pasti akan memberi
kelebihan kepada syarikat anda untuk terus mendapat projek dan memenangi
persaingan dengan syarikat lain dalam bidang anda.
Terima
kasih kerana membaca artikel ini, jika anda rasakan ia menarik untuk
dikongsikan kepada rakan-rakan usahawan anda, anda boleh klik butang Share
untuk berkongsi artikel ini.
Untuk
lebih lagi maklumat dalaman tentang perolehan kerajaan, anda boleh dapatkan buku Kuasai Kontrak Kerajaan.
Ulasan
Catat Ulasan