Langkau ke kandungan utama

Tips Jawab Dokumen Cadangan Teknikal Sebutharga dan Tender

Terima kasih kerana masih menjadi pengunjung dan pembaca blog saya. Saya berharap semoga apa yang telah dikongsikan memberi manfaat dan menambah ilmu pengetahuan anda.

Artikel kali ini saya akan kongsikan sedikit berkenaan dengan penyediaan dokumen teknikal dalam anda menyertai sebutharga dan tender kerajaan. Untuk melengkapkan penyertaan anda dalam sebutharga dan tender, anda perlu sediakan dan menghantar Dokumen Cadangan Harga dan Dokumen Cadangan Teknikal.



Bagaimana anda perlu menjawab dokumen tersebut dengan betul? 
Apa kesalahan yang kebanyakan kontraktor lakukan ketika menyertainya?
Untuk pengetahuan anda setiap jawapan yang anda isi diruangan jawapan dalam spesifikasi teknikal yang diperlukan oleh Jabatan mempunyai markah yang tertentu. Setiap jadual yang dinyatakan mengandungi markah yang berbeza dan mempunyai peratusan nilai pemberat tertentu.

Harap anda dapat beri perhatian, dari pengalaman saya dalam menilai sebutharga atau tender, kontraktor selalunya hanya salin semula spesifikasi minimum yang disediakan tanpa melihat spesifikasi terkini yang disediakan di brosur produk yang disertakan. Terdapat juga kontraktor yang hanya menjawap dengan satu perkataan seperti "Noted", "Comply“ atau "Agreed". Walaupun sebenarnya telah dinyatakan di dalam dokumen sebutharga atau tender bahawa penyebutharga tidak boleh menjawab begitu.

Akibatnya markah yang mereka dapat adalah sedikit berbanding dengan penyebutharga yang menjawap dengan jelas dan diikuti penerangan. Ia juga diaplikasikan dalam kesemua jadual yang perlu diisi oleh anda.

Ingatlah! Dengan hanya 1 markah boleh menyebabkan syarikat anda gagal mendapatkan projek yang bernilai jutaan ringgit dan segala usaha yang anda lakukan menjadi sia-sia.

Jadi, anda ambillah nasihat saya ini. Anda mesti mengambil perhatian dan mengambil berat dalam hal menjawab setiap dokumen yang perlu.
Ini sedikit perkongsian dalam artikel kali ini. Banyak lagi anda akan belajar dari buku Kuasai Kontrak Kerajaan




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bagaimana Menjadi Pembekal Kerajaan dan Mendaftar ePerolehan

Ramai usahawan dan kontraktor yang masih tidak tahu dan ragu-ragu bagaimana untuk menjadi pembekal kerajaan dan memasuki perolehan kerajaan. Kali ini saya akan bincangkan bagaimana untuk anda mendaftarkan syarikat anda menjadi pembekal kerajaan dan memperolehi status eP-Enable . Untuk menjadi pembekal kerajaan anda perlulah mendaftarkan syarikat anda di SSM dan mendaftarkan syarikat anda dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF). Pendaftaran boleh dibuat secara online di laman we ePerolehan ( www.eperolehan.gov.my ). Syarikat anda perlulah memenuhi syarat yang telah ditetapkan di laman web tersebut sebelum membuat pendaftaran. Bagi pendaftaran baru, pendaftaran semula dan pembaharuan pendaftaran, kadar bayaran yang akan dikenakan adalah RM450 sahaja untuk tempoh 3 tahun. Ramai kontraktor membayar lebih untuk pendaftaran ini kerana tidak mencari maklumat yang tepat dan hanya bayar saja contohnya syarikat setiausaha yang mendaftarkan bagi pihak mereka. Charge yang dikenakan am...

Penyebutharga Sabotaj Sebutharga Sendiri

Saya baru selesai uruskan satu sebut harga untuk jabatan saya. Satu sebut harga mudah membeli satu peralatan untuk video conference. Saya telah menghantar tawaran sebut harga tertutup kepada 13 syarikat dan hanya 7 sahaja yang berminat menyertainya dengan menghantar sebut harga sebelum tarikh tutup. Nasib baik kesemua syarikat yang menghantar sebut harga mempunyai kelayakan iaitu berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan bertaraf Bumiputera. Sebenarnya syarikat bukan Bumiputera pun boleh sertainya tapi keutamaan akan diberikan kepada syarikat bertaraf Bumiputera. Dalam ebook, saya ada terangkan bagaimana peratusan keutamaan ini di kira. Apa kelebihan syarikat bertaraf Bumiputera berbanding syarikat bukan Bumiputera dalam perolehan kerajaan. Pastikan anda dapatkan maklumat yang tepat mengenainya. Tapi, dari 7 sebut harga yang diterima, hanya 2 sebut harga sahaja yang memenuhi spesifikasi yang dinyatakan. 5 sebut harga lagi terpaksa ditolak kerana tidak memenuhi spesifikasi. Kes...

Menunggu Peruntukan Perolehan Kerajaan dan Tawaran Sebutharga dan Tender

Kini telah masuk minggu terakhir bulan Januari, banyak Jabatan dan Agensi masih belum lagi diberikan peruntukan dari Kementerian. Dalam fasa ini pihak Kementerian telah menerima peruntukan yang diminta daripada Kementerian Kewangan. Jumlah peruntukan yang diberikan adalah bergantung kepada jumlah yang diminta oleh Kementerian pada tahun sebelumnya. Pada kebiasaannya terdapat potongan kepada peruntukan yang diminta oleh Kementerian. Oleh kerana Kementerian Kewangan telah membuat potongan kepada peruntukan Kementerian, peruntukan Jabatan dan Agensi dibawahnya juga akan menerima impak. Ada kemungkinan peruntukan akan dipotong untuk perolehan yang tidak "urgent" atau perbelanjaan yang boleh dijimatkan.  Tempoh masa peruntukan dari Kementerian Kewangan sampai ke Agensi dan Jabatan adalah lebih kurang dua bulan. Biasanya pada bulan Januari dan Februari, jarang ada sebut harga dan tender dikeluarkan. Ini kerana pada masa tersebut peruntukan belum ada, walaupun perolehan / ...