Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2013

Tips Pemarkahan Dalam Perolehan Kerajaan

Tahniah kepada anda yang sudah cuba memasuki kontrak kerajaan dan telah memenanginya!  Saya pasti jika anda berusaha dan menggunakan apa yang telah dipelajari anda pasti akan berjaya. Memang proses membina empayar perniagaan amat mencabar, saya sedaya mungkin akan cuba membantu anda mencapai apa yang diinginkan.  Kali ini saya dedahkan tentang teknik pemarkahan dalam sebutharga dan tender kerajaan. Apabila penilaian teknikal dilakukan, setiap bahagian akan ditentukan markah tertentu mengikut kepentingan dan keperluan projek. Contohnya bagi bahagian spesifikasi, jadual penghantaran, kakitangan,   pengalaman syarikat dan lain-lain. Markah yang biasa diberikan adalah 8 markah, jika anda memenuhi spesifikasi seperti yang diminta. Untuk memenangi setiap bahagian anda perlukan kelebihan agar mendapat markah penuh 10 markah. Apa yang anda perlu lakukan adalah memberi lebih dari yang diminta. Dengan memberi lebih sebagai contoh menghantar lebih cepa...

Tentang Tender Kerajaan Yang Anda Patut Tahu

Artikel kali ini saya akan kongsikan sedikit mengenai tender kerajaan . Bila sebut mengenai tender perkara pertama anda   perlu ingat adalah nilainya di atas RM500,001. Ini paling penting! Kerana ada yang masuk tender meletak harga di bawah nilai yang disebutkan tadi. Ini adalah satu kesilapan yang besar dan tidak harus dilakukan. Perkara kedua, tender kerajaan ada 4 kategori: 1. Tender Terbuka 2. Tender Terhad 3. Tender Secara Pra-Kelayakan 4. Tender Rundingan Terus Mari saya ceritakan lebih dalam   tentang kategori tender ini. Tender Terbuka dan Tender Terhad terbahagi kepada 4 jenis iaitu: 1. Tender Terbuka/Terhad Tempatan 2. Tender Terbuka/Terhad Antarabangsa 3. Tender Terbuka/Terhad Bumiputera 4. Tender Terbuka/Terhad Pembuat/Pengilang Dua lagi kategori tender adalah Tender Secara Pra-Kelayakan dan Tender Rundingan Terus. Tender Secara Pra-Kelayakan, akan dilakukan oleh Jabatan atau Agensi kerana sebelum ia tender dikeluarkan Jabatan perlu...

Pastikan Dokumen Sebutharga Yang Dihantar Lengkap

Terima kasih kerana anda masih menjadi pengunjung blog saya dan sudi membaca artikel, tips dan rahsia sebutharga kerajaan yang saya   kongsikan. Saya berharap anda, sudah memiliki buku Kuasai Kontrak Kerajaan yang saya buat khas kepada para usahawan dan kontraktor   seperti anda untuk bersedia sebelum anda menyertai dan seterusnya memenangi persaingan dalam sebutharga dan tender kerajaan. Belum milikinya? Cepat bertindak sebelum terlambat! KLIK SINI Ramai dikalangan usahawan/ kontraktor sebenarnya tidak memiliki cukup pengetahuan dan maklumat untuk menyertai perolehan kerajaan, disebabkan itu ramai yang memasukinya telah gagal diperingkat awal. Terus terang saya katakan, selama 13 tahun saya mengendalikan proses penilaian sebutharga dan tender kerajaan banyak syarikat akan gagal di saringan awal kerana tidak cukup persediaan dan tidak menyemak jawapan sebutharga atau tender yang dihantar. Terdapat perkara-perkara mandatori yang perlu diambil...

Kelayakan Syarikat Anda Untuk Sertai Sebutharga

Kali   ini saya akan bincangkan sedikit mengenai siapa yang layak menyertai Sebutharga yang dikeluarkan oleh Jabatan atau Agensi kerajaan. Syarikat anda layak untuk menyertainya jika memenuhi syarat-syarat yang saya nyatakan di bawah ini: Pertama: Untuk Sebutharga Kerja Bagi kerja sehingga RM200,000,   kontraktor/syarikat yang berdaftar dengan Pusat   Khidmat Kontraktor(PKK) yang bertaraf Bumiputera dengan kelas F di bawah kepala /sub   kepala yang berkaitan dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia(CIDB).   Bagi kerja melebihi RM200,000 hingga   RM500,000, kontraktor/syarikat yang berdaftar   dengan PKK dengan kelas E di bawah kepala/sub   kepala yang berkaitan dan CIDB. Kedua: Untuk menyertai sebutharga Bekalan/ Perkhidmatan Pembekal/syarikat yang bertaraf Bumiputera dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan di   bawah kod bidang berkaitan bagi sebut harga   melebihi RM50,000 hingga RM100,000. Pembe...