Artikel
kali ini saya akan kongsikan sedikit mengenai tender kerajaan. Bila sebut
mengenai tender perkara pertama anda
perlu ingat adalah nilainya di atas RM500,001. Ini paling penting!
Kerana ada yang masuk tender meletak harga di bawah nilai yang disebutkan tadi.
Ini adalah satu kesilapan yang besar dan tidak harus dilakukan.
Perkara
kedua, tender kerajaan ada 4 kategori:
1.
Tender Terbuka
2. Tender Terhad
3. Tender Secara Pra-Kelayakan
4. Tender Rundingan Terus
2. Tender Terhad
3. Tender Secara Pra-Kelayakan
4. Tender Rundingan Terus
Mari
saya ceritakan lebih dalam tentang
kategori tender ini. Tender Terbuka dan Tender Terhad terbahagi kepada 4 jenis
iaitu:
1.
Tender Terbuka/Terhad Tempatan
2. Tender Terbuka/Terhad Antarabangsa
3. Tender Terbuka/Terhad Bumiputera
4. Tender Terbuka/Terhad Pembuat/Pengilang
2. Tender Terbuka/Terhad Antarabangsa
3. Tender Terbuka/Terhad Bumiputera
4. Tender Terbuka/Terhad Pembuat/Pengilang
Dua
lagi kategori tender adalah Tender Secara Pra-Kelayakan dan Tender Rundingan
Terus. Tender Secara Pra-Kelayakan, akan dilakukan oleh Jabatan atau Agensi
kerana sebelum ia tender dikeluarkan Jabatan perlu menentukan kreteria projek
dan kelayakan kontraktor yang akan menyertai tender tersebut.
Bagi
Tender Rundingan Terus akan dilakukan oleh Jabatan atau Agensi bagi mendapatkan
perkhidmatan perunding (consultant). Jabatan haruslah menguruskan tender ini
mengikut tatacara yang telah ditetapkan dengan menyediakan menyediakan skop
kerja yang perlu dilaksanakan oleh kontraktor.
Sampai
di sini dulu perkongsian saya dalam artikel kali ini. Saya nasihatkan anda dapatkan buku Kuasai Kontrak Kerajaan sekarang sebagai panduan, kerana
Jabatan dan Agensi kerajaan sekarang sedang giat mengeluarkan sebutharga dan
tender kerana akaun akan ditutup pada hujung tahun dan semua Jabatan dan Agensi
perlu menghabiskan peruntukan yang telah mereka minta.
Ulasan
Catat Ulasan