Kali ini saya akan bincangkan sedikit mengenai
siapa yang layak menyertai Sebutharga yang dikeluarkan oleh Jabatan atau Agensi
kerajaan.
Syarikat
anda layak untuk menyertainya jika memenuhi syarat-syarat yang saya nyatakan di
bawah ini:
Pertama: Untuk Sebutharga Kerja Bagi
kerja sehingga RM200,000,
kontraktor/syarikat yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor(PKK) yang bertaraf
Bumiputera dengan kelas F di bawah kepala /sub
kepala yang berkaitan dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
Malaysia(CIDB). Bagi kerja melebihi RM200,000 hingga RM500,000, kontraktor/syarikat yang berdaftar dengan PKK dengan kelas E di bawah kepala/sub kepala yang berkaitan dan CIDB.
Kedua: Untuk menyertai sebutharga Bekalan/ Perkhidmatan Pembekal/syarikat yang bertaraf Bumiputera dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang berkaitan bagi sebut harga melebihi RM50,000 hingga RM100,000.
Pembekal/syarikat (Bumiputera/ Bukan Bumiputera) yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang berkaitan bagi sebut harga melebihi RM100,000 hingga RM500,000.
Pasti
anda lebih tahu dimana kedudukan dan kelayakan syarikat anda. Jadi inilah dia
syarat yang perlu dipatuhi, ia tidak susah kan?
Jika
anda rasakan ia berat, cuba bayangkan pula apa yang akan ada perolehi dari
sebutharga yang akan anda menangi nanti. Sudah pasti keuntungan yang berkali
ganda dari yang syarikat anda perolehi sekarang.
Sebelum
saya akhiri artikel ini, sekali lagi saya ingatkan anda untuk melabur dalam
mempersiapkan diri dalam menyertai perolehan kerajaan, ini bukan untuk siapa,
untuk diri anda juga. Pastikan anda dapatkan buku Kuasai Kontrak Kerajaan.
LIKE
fanpage kami di Facebook
Ulasan
Catat Ulasan