Langkau ke kandungan utama

Pastikan Dokumen Sebutharga Yang Dihantar Lengkap

Terima kasih kerana anda masih menjadi pengunjung blog saya dan sudi membaca artikel, tips dan rahsia sebutharga kerajaan yang saya  kongsikan.

Saya berharap anda, sudah memiliki buku Kuasai Kontrak Kerajaan yang saya buat khas kepada para usahawan dan kontraktor  seperti anda untuk bersedia sebelum anda menyertai dan seterusnya memenangi persaingan dalam sebutharga dan tender kerajaan.

Belum milikinya? Cepat bertindak sebelum terlambat! KLIK SINI

Ramai dikalangan usahawan/ kontraktor sebenarnya tidak memiliki cukup pengetahuan dan maklumat untuk menyertai perolehan kerajaan, disebabkan itu ramai yang memasukinya telah gagal diperingkat awal.


Terus terang saya katakan, selama 13 tahun saya mengendalikan proses penilaian sebutharga dan tender kerajaan banyak syarikat akan gagal di saringan awal kerana tidak cukup persediaan dan tidak menyemak jawapan sebutharga atau tender yang dihantar.

Terdapat perkara-perkara mandatori yang perlu diambil berat dalam menyediakan jawapan sebutharga dan tender.

Jangan sesekali ambil mudah tentang perkara ini  dan jangan cuba tipu pihak kerajaan. Kegagalan anda memenuhi perkara mandatori ini menyebabkan segala usaha anda menjadi sia-sia kerana dokumen sebutharga yang anda hantar tidak akan dinilai.

Jadi, anda perlu mengetahui dan memahami apa yang diperlukan oleh kerajaan dan membuat sedikit  kajian. Sentiasa memberikan lebih dari spesifikasi minimum yang diminta akan memberikan markah yang lebih kepada syarikat anda. 

Sebelum anda menghantar dokumen jawapan, pastikan anda menyemak checklist dan pastikan semua perkara mandatori dipenuhi.


LIKE fanpage kami di Facebook

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bagaimana Menjadi Pembekal Kerajaan dan Mendaftar ePerolehan

Ramai usahawan dan kontraktor yang masih tidak tahu dan ragu-ragu bagaimana untuk menjadi pembekal kerajaan dan memasuki perolehan kerajaan. Kali ini saya akan bincangkan bagaimana untuk anda mendaftarkan syarikat anda menjadi pembekal kerajaan dan memperolehi status eP-Enable . Untuk menjadi pembekal kerajaan anda perlulah mendaftarkan syarikat anda di SSM dan mendaftarkan syarikat anda dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF). Pendaftaran boleh dibuat secara online di laman we ePerolehan ( www.eperolehan.gov.my ). Syarikat anda perlulah memenuhi syarat yang telah ditetapkan di laman web tersebut sebelum membuat pendaftaran. Bagi pendaftaran baru, pendaftaran semula dan pembaharuan pendaftaran, kadar bayaran yang akan dikenakan adalah RM450 sahaja untuk tempoh 3 tahun. Ramai kontraktor membayar lebih untuk pendaftaran ini kerana tidak mencari maklumat yang tepat dan hanya bayar saja contohnya syarikat setiausaha yang mendaftarkan bagi pihak mereka. Charge yang dikenakan am...

Penyebutharga Sabotaj Sebutharga Sendiri

Saya baru selesai uruskan satu sebut harga untuk jabatan saya. Satu sebut harga mudah membeli satu peralatan untuk video conference. Saya telah menghantar tawaran sebut harga tertutup kepada 13 syarikat dan hanya 7 sahaja yang berminat menyertainya dengan menghantar sebut harga sebelum tarikh tutup. Nasib baik kesemua syarikat yang menghantar sebut harga mempunyai kelayakan iaitu berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan bertaraf Bumiputera. Sebenarnya syarikat bukan Bumiputera pun boleh sertainya tapi keutamaan akan diberikan kepada syarikat bertaraf Bumiputera. Dalam ebook, saya ada terangkan bagaimana peratusan keutamaan ini di kira. Apa kelebihan syarikat bertaraf Bumiputera berbanding syarikat bukan Bumiputera dalam perolehan kerajaan. Pastikan anda dapatkan maklumat yang tepat mengenainya. Tapi, dari 7 sebut harga yang diterima, hanya 2 sebut harga sahaja yang memenuhi spesifikasi yang dinyatakan. 5 sebut harga lagi terpaksa ditolak kerana tidak memenuhi spesifikasi. Kes...

Menunggu Peruntukan Perolehan Kerajaan dan Tawaran Sebutharga dan Tender

Kini telah masuk minggu terakhir bulan Januari, banyak Jabatan dan Agensi masih belum lagi diberikan peruntukan dari Kementerian. Dalam fasa ini pihak Kementerian telah menerima peruntukan yang diminta daripada Kementerian Kewangan. Jumlah peruntukan yang diberikan adalah bergantung kepada jumlah yang diminta oleh Kementerian pada tahun sebelumnya. Pada kebiasaannya terdapat potongan kepada peruntukan yang diminta oleh Kementerian. Oleh kerana Kementerian Kewangan telah membuat potongan kepada peruntukan Kementerian, peruntukan Jabatan dan Agensi dibawahnya juga akan menerima impak. Ada kemungkinan peruntukan akan dipotong untuk perolehan yang tidak "urgent" atau perbelanjaan yang boleh dijimatkan.  Tempoh masa peruntukan dari Kementerian Kewangan sampai ke Agensi dan Jabatan adalah lebih kurang dua bulan. Biasanya pada bulan Januari dan Februari, jarang ada sebut harga dan tender dikeluarkan. Ini kerana pada masa tersebut peruntukan belum ada, walaupun perolehan / ...