Untuk makluman anda, adalah menjadi satu kewajipan setiap
pegawai yang menguruskan perolehan membuat kajian pasaran bagi memastikan harga
bekalan atau perkhidmatan yang hendak diperolehi adalah berpatutan dan
menguntungkan Kerajaan. Pegawai hendaklah menentukan tawaran harga bekalan atau
perkhidmatan yang hendak diperolehi adalah berpatutan setelah mengambil kira
kualiti, harga, kegunaan barang itu dan faktor-faktor lain yang berkaitan
termasuk kos penghantaran, tempoh waranti, khidmat selepas jualan dan
sebagainya.
Proses ini dinamakan kajian pasaran, ia hendaklah dibuat terlebih
dahulu bagi mendapatkan sebut harga secara tidak rasmi daripada beberapa
pembekal/syarikat sebelum perolehan dilaksanakan. Walau bagaimanapun, sebut
harga tidak rasmi tersebut tidak perlu dibuka, dijadualkan atau dipilih oleh
Jawatankuasa Sebut Harga.
Jika anda mempunyai hubungan yang baik dengan pegawai tersebut,
pastinya beliau akan meminta sebut harga dengan anda. Di sini anda telah
mendapat kepercayaan dari pegawai tersebut untuk memberikan harga mengikut
spesifikasi yang diperlukan. Sudah pasti anda dapat menganggarkan berapakah
peruntukan atau bajet perolehan tersebut kerana anda yang memberikan
anggaran harga sebelum perolehan itu diiklankan. Pastinya anda tahu apa yang
patut dilakukan!
Jangan sesekali berhenti menuntut ilmu dan menambah pengetahuan anda.
Jangan sesekali kedekut dalam melaburkan sedikit wang untuk menbangunkan diri
ke tahap lebih tinggi.
Jumpa lagi dalam tips akan datang, pastinya lebih hebat dengan tips
tender kerajaan!
LIKE Facebook kami! Tinggalkan Komen anda di bawah.
LIKE Facebook kami! Tinggalkan Komen anda di bawah.
Ulasan
Catat Ulasan