Langkau ke kandungan utama

Item-item Yang Boleh Dibekalkan Dalam Perolehan Kerajaan


Persoalan yang akan dijawab kali ini adalah berkenaan dengan Perolehan Kerajaan secara Pembelian Terus, saya akan menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan setiap jenis item dalam perolehan ini.

Anda perlu diketahui setiap jenis item merujuk kepada pembelian terus bekalan dan perkhidmatan sehingga RM50,000 setahun dari mana-mana pembekal tidak kira sama ada pembekalan berdaftar atau tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan sama ada pembekal bertaraf Bumiputera atau tidak.


Maksud setiap jenis item boleh ditafsirkan berdasarkan kepada contoh-contoh berikut:

1. pelbagai alat ganti yang berbeza bagi kenderaan yang sama adalah ditafsirkan sebagai jenis item yang berbeza disebabkan fungsi itemnya yang berbeza. Walau bagaimanapun, alat ganti gunasama atau proprietary item dikira daripada jenis item yang sama walaupun digunakan pada kenderaan yang berlainan.

Dapatkan buku Kuasai Kontrak Kerajaan Sekarang. STOK TERHAD!


2. item pelbagai saiz hendaklah ditafsirkan sebagai satu jenis item sahaja walaupun terdiri daripada saiz yang berlainan kerana ia diperolehi daripada punca bekalan yang sama. Contohnya, pembelian pelbagai saiz paku (1 inci atau 1 ½ inci), cermin, kasut dan bendera.



3. set sofa model X adalah merangkumi pelbagai jenis kerusi (sama ada kerusi 1 tempat duduk atau 3 tempat duduk) yang mana terdiri daripada beberapa kerusi dan meja, ditafsirkan kepada satu jenis item.  Namun, jika pembelian perabot tersebut terdiri daripada kerusi banquet dan set sofa, maka kerusi banquet dan set sofa dikira sebagai jenis item yang berbeza.  Walau bagaimanapun, jika kedua-duanya boleh dibeli daripada pembekal yang sama, Jabatan atau Agensi hendaklah memastikan kaedah pembelian hendaklah ditentukan berdasarkan nilai keseluruhan.

Saya harap anda faham apa yang cuba disampaikan di atas. Inilah ilmu dan pengalaman yang perlu anda ketahui apabila ingin berurusniaga dengan pihak Kerajaan. Ia nampak sukar pada mulanya, tetapi lama lama bila anda sudah biasa, ia akan menjadi kepakaran anda pula.

Lebih banyak tips, syarat dan peraturan dalam proses perolehan Kerajaan yang akan anda pelajari dari buku Kuasai Kontrak Kerajaan.

p/s: saya dengar penjualan ebook ini akan dihentikan, bertindak sekarang untuk dapatkannya!

LIKE fanpage kami! Tinggalkan Komen anda di bawah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bagaimana Menjadi Pembekal Kerajaan dan Mendaftar ePerolehan

Ramai usahawan dan kontraktor yang masih tidak tahu dan ragu-ragu bagaimana untuk menjadi pembekal kerajaan dan memasuki perolehan kerajaan. Kali ini saya akan bincangkan bagaimana untuk anda mendaftarkan syarikat anda menjadi pembekal kerajaan dan memperolehi status eP-Enable . Untuk menjadi pembekal kerajaan anda perlulah mendaftarkan syarikat anda di SSM dan mendaftarkan syarikat anda dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF). Pendaftaran boleh dibuat secara online di laman we ePerolehan ( www.eperolehan.gov.my ). Syarikat anda perlulah memenuhi syarat yang telah ditetapkan di laman web tersebut sebelum membuat pendaftaran. Bagi pendaftaran baru, pendaftaran semula dan pembaharuan pendaftaran, kadar bayaran yang akan dikenakan adalah RM450 sahaja untuk tempoh 3 tahun. Ramai kontraktor membayar lebih untuk pendaftaran ini kerana tidak mencari maklumat yang tepat dan hanya bayar saja contohnya syarikat setiausaha yang mendaftarkan bagi pihak mereka. Charge yang dikenakan am...

Penyebutharga Sabotaj Sebutharga Sendiri

Saya baru selesai uruskan satu sebut harga untuk jabatan saya. Satu sebut harga mudah membeli satu peralatan untuk video conference. Saya telah menghantar tawaran sebut harga tertutup kepada 13 syarikat dan hanya 7 sahaja yang berminat menyertainya dengan menghantar sebut harga sebelum tarikh tutup. Nasib baik kesemua syarikat yang menghantar sebut harga mempunyai kelayakan iaitu berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan bertaraf Bumiputera. Sebenarnya syarikat bukan Bumiputera pun boleh sertainya tapi keutamaan akan diberikan kepada syarikat bertaraf Bumiputera. Dalam ebook, saya ada terangkan bagaimana peratusan keutamaan ini di kira. Apa kelebihan syarikat bertaraf Bumiputera berbanding syarikat bukan Bumiputera dalam perolehan kerajaan. Pastikan anda dapatkan maklumat yang tepat mengenainya. Tapi, dari 7 sebut harga yang diterima, hanya 2 sebut harga sahaja yang memenuhi spesifikasi yang dinyatakan. 5 sebut harga lagi terpaksa ditolak kerana tidak memenuhi spesifikasi. Kes...

Menunggu Peruntukan Perolehan Kerajaan dan Tawaran Sebutharga dan Tender

Kini telah masuk minggu terakhir bulan Januari, banyak Jabatan dan Agensi masih belum lagi diberikan peruntukan dari Kementerian. Dalam fasa ini pihak Kementerian telah menerima peruntukan yang diminta daripada Kementerian Kewangan. Jumlah peruntukan yang diberikan adalah bergantung kepada jumlah yang diminta oleh Kementerian pada tahun sebelumnya. Pada kebiasaannya terdapat potongan kepada peruntukan yang diminta oleh Kementerian. Oleh kerana Kementerian Kewangan telah membuat potongan kepada peruntukan Kementerian, peruntukan Jabatan dan Agensi dibawahnya juga akan menerima impak. Ada kemungkinan peruntukan akan dipotong untuk perolehan yang tidak "urgent" atau perbelanjaan yang boleh dijimatkan.  Tempoh masa peruntukan dari Kementerian Kewangan sampai ke Agensi dan Jabatan adalah lebih kurang dua bulan. Biasanya pada bulan Januari dan Februari, jarang ada sebut harga dan tender dikeluarkan. Ini kerana pada masa tersebut peruntukan belum ada, walaupun perolehan / ...