Langkau ke kandungan utama

Bagaimana Untuk Jadi Pembekal Kepada Kerajaan?


Melalui post di blog ini saya akan membantu anda untuk menjadi usahawan/peniaga/pembekal/kontraktor serta berkongsi rahsia, pengetahuan, dan pengalaman dalam menjalankan urusan perniagaan melalui perolehan kerajaan. Seperti yang anda sedia maklum kerajaan Malaysia membelanjakan ratusan billion ringgit setahun untuk menguruskan kerajaan dan memberikan kemudahan kepada rakyat dengan cara perolehan kerajaan yang seperti pembelian terus, sebut harga dan tender.


Klik sini untuk tempahan!

Untuk menjadikan anda dan syarikat anda,  mahir dalam menyertai perolehan kerajaan ia adalah memakan masa, untuk menang sesuatu perolehan adalah satu perolehan adalah sesuatu yang amat diperlukan untuk terus maju dan kekal bersaing. Bagaimana untuk menang? Jika anda,  perlukan masa yang panjang untuk belajar dan memahami segala peraturan dan syarat serta apa yang diperlukan oleh kerajaan dalam sesebuah perolehan sama ada secara pembelian terus, sebutharga atau tender.

Saya berikan anda kemudahan dan jalan singkat di mana anda walaupun baru bermula dalam bidang ini mempunyai peluang untuk menang dan menjana ribuan ringgit. Saya kongsikan segala rahsia disebalik perolehan kerajaan dan ajarkan anda segala peraturan dan syarat yang diperlukan. Saya juga berikan tips yang anda tidak akan dapat dimana-mana melainkan melalui bertahun-tahun pengalaman dalam menguruskan perolehan kerajaan.

Dapatkan ebook Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan sekarang

Like fanpage kami di Facebook

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bagaimana Menjadi Pembekal Kerajaan dan Mendaftar ePerolehan

Ramai usahawan dan kontraktor yang masih tidak tahu dan ragu-ragu bagaimana untuk menjadi pembekal kerajaan dan memasuki perolehan kerajaan. Kali ini saya akan bincangkan bagaimana untuk anda mendaftarkan syarikat anda menjadi pembekal kerajaan dan memperolehi status eP-Enable . Untuk menjadi pembekal kerajaan anda perlulah mendaftarkan syarikat anda di SSM dan mendaftarkan syarikat anda dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF). Pendaftaran boleh dibuat secara online di laman we ePerolehan ( www.eperolehan.gov.my ). Syarikat anda perlulah memenuhi syarat yang telah ditetapkan di laman web tersebut sebelum membuat pendaftaran. Bagi pendaftaran baru, pendaftaran semula dan pembaharuan pendaftaran, kadar bayaran yang akan dikenakan adalah RM450 sahaja untuk tempoh 3 tahun. Ramai kontraktor membayar lebih untuk pendaftaran ini kerana tidak mencari maklumat yang tepat dan hanya bayar saja contohnya syarikat setiausaha yang mendaftarkan bagi pihak mereka. Charge yang dikenakan am...

Penyebutharga Sabotaj Sebutharga Sendiri

Saya baru selesai uruskan satu sebut harga untuk jabatan saya. Satu sebut harga mudah membeli satu peralatan untuk video conference. Saya telah menghantar tawaran sebut harga tertutup kepada 13 syarikat dan hanya 7 sahaja yang berminat menyertainya dengan menghantar sebut harga sebelum tarikh tutup. Nasib baik kesemua syarikat yang menghantar sebut harga mempunyai kelayakan iaitu berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan bertaraf Bumiputera. Sebenarnya syarikat bukan Bumiputera pun boleh sertainya tapi keutamaan akan diberikan kepada syarikat bertaraf Bumiputera. Dalam ebook, saya ada terangkan bagaimana peratusan keutamaan ini di kira. Apa kelebihan syarikat bertaraf Bumiputera berbanding syarikat bukan Bumiputera dalam perolehan kerajaan. Pastikan anda dapatkan maklumat yang tepat mengenainya. Tapi, dari 7 sebut harga yang diterima, hanya 2 sebut harga sahaja yang memenuhi spesifikasi yang dinyatakan. 5 sebut harga lagi terpaksa ditolak kerana tidak memenuhi spesifikasi. Kes...

Menunggu Peruntukan Perolehan Kerajaan dan Tawaran Sebutharga dan Tender

Kini telah masuk minggu terakhir bulan Januari, banyak Jabatan dan Agensi masih belum lagi diberikan peruntukan dari Kementerian. Dalam fasa ini pihak Kementerian telah menerima peruntukan yang diminta daripada Kementerian Kewangan. Jumlah peruntukan yang diberikan adalah bergantung kepada jumlah yang diminta oleh Kementerian pada tahun sebelumnya. Pada kebiasaannya terdapat potongan kepada peruntukan yang diminta oleh Kementerian. Oleh kerana Kementerian Kewangan telah membuat potongan kepada peruntukan Kementerian, peruntukan Jabatan dan Agensi dibawahnya juga akan menerima impak. Ada kemungkinan peruntukan akan dipotong untuk perolehan yang tidak "urgent" atau perbelanjaan yang boleh dijimatkan.  Tempoh masa peruntukan dari Kementerian Kewangan sampai ke Agensi dan Jabatan adalah lebih kurang dua bulan. Biasanya pada bulan Januari dan Februari, jarang ada sebut harga dan tender dikeluarkan. Ini kerana pada masa tersebut peruntukan belum ada, walaupun perolehan / ...