Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2014

BILA BANJIR REDA, APA PELUANG ANDA?

Mari kita doakan segala yang berlaku sekarang pulih seperti sedia kala dengan segera. Kita doakan mangsa-mangsa banjir dapat terus bersabar dangan ujian ini dan kita bantulah mereka sedaya upaya kita. Berat mata memandang, pastinya berat lagi bahu yang memikul beban bencana ini. Tapi sama-samalah kita menempuh musibah yang melanda ini, yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul. Apa yang berlaku selepas banjir reda? Artikel yang lalu saya kongsikan bagaimana anda membuat keuntungan ketika bencana melanda. Dalam artikel ini pula saya kongsikan kesempatan kedua, untuk anda menjana lebih banyak keuntungan dan membantu lebih banyak kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. Pasti anda pernah terbaca di akhbar betapa teruknya impak selepas banjir di tahun-tahun yang lalu dan tahun ini lebih besar lagi. Pejabat-pejabat kerajaan, sekolah, klinik kerajaan, jalan raya, dan lain-lain fasiliti kerajaan rosak teruk. Bantuan dari anda amat-amat diperlukan untuk memulihkan keadaan menja...

PEROLEHAN DARURAT! MEMBANTU SAMBIL JANA KEUNTUNGAN

Mari kita sama-sama berdoa agar keadaan banjir besar di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan lain-lain kawasan yang terlibat reda dengan cepat. Tapi, ada  berita mengatakan mungkin akan terjadi gelombang kedua dan ketiga banjir selepas ini, sama-sama kita berhati-hati dan membantu mereka yang dalam kesusahan. Mungkin anda pernah mendengar kata-kata ini, "Dalam kesempitan ada kesempatan" Maksud pepatah ini, dalam sesuatu keadaan kesusahan pasti ada peluang dan kesempatan yang boleh diambil untuk menjana pendapatan dan keuntungan tanpa menjadikan orang lain mangsa keadaan dan merugikan orang lain terutama mangsa. Kita membantu menyelesaikan masalah mereka tetapi tidak mengambil kesempatan dengan seperti menaikkan harga barang atau servis yang kita tawarkan sesuka hati kita. Tahukan anda tentang  "Perolehan Darurat"? Perolehan ini dilakukan apabila kementerian, jabatan atau agensi kerajaan terpaksa membuat pembelian atas sebab-sebab bencana alam ...