Langkau ke kandungan utama

Buat Untung Dengan Perolehan Darurat Kerajaan

Alhamdulillah, keadaan banjir di pantai timur sudah kembali reda. Tapi, ada  berita mengatakan mungkin akan terjadi gelombang kedua banjir dan air pasang besar selepas ini.

Kita doakan semuanya akan selamat dan mereka yang terlibat dapat bersabar dan mari kita bersama-sama membantu mangsa yang terlibat dengan menghulurkan bantuan mengikut kemampuan kita.


Mungkin anda pernah mendengar kata-kata ini,
Ia bermaksud dalam sesuatu keadaan kesusahan pasti ada peluang dan kesempatan yang boleh diambil untuk menjana pendapatan dan keuntungan tanpa menjadikn orang lain mangsa keadaan.
Anda sebagai usahawan/kontraktor yang bijak pasti akan dapat mengambil peluang ini bagi membantu kerajaan menyelesaikan masalah ini dengan membekalkan produk yang diperlukan. Bantuan anda amat-amat diperlukan bagi kelancaran pemberian bantuan kepada mangsa dan mereka yang terlibat dalam memberi bantuan seperti sukarelawan. 
Dalam perolehan darurat ini terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi dan segala peraturan dan prosedur perolehan adalah dikecualikan bagi mempercepatkan proses perolehan. Jabatan dan agensi yang terlibat dalam perolehan ini perlu mengemukakan laporan perolehan kepada Kementerian Kewangan dalam tempoh satu bulan. Kementerian Kewangan akan membuat bayaran kepada anda mengikut jumlah invois yang telah dihantar.
Menjadi usahawan/kontraktor dengan membekalkan produk dan perkhidmatan kepada kerajaan bukan saja satu tugas dan tanggungjawab yang besar ia juga dapat menyelamatkan nyawa. Jangan hanya fikirkan keuntungan yang dapat dijana tetapi lebih penting lagi pahala yang anda dapat untuk dibawa ke sana nanti.
Kaedah perolehan kerajaan boleh anda pelajari di dalam buku Kuasai Kontrak Kerajaan.



"Dalam kesempitan ada kesempatan"




Dalam perolehan kerajaan, terdapat satu kaedah mendapatkan produk dan perkhidmatan dinamakan "Perolehan Darurat". Perolehan ini dilakukan apabila jabatan atau agensi kerajaan terpaksa membuat pembelian atas sebab-sebab bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan lain-lain. 
Klik sini untuk dapatkan buku Kuasai Kontrak Kerajaan.

Contohnya apabila berlaku banjir di pantai timur peruntukan kecemasan akan digunakan untuk membeli keperluan mangsa yang terlibat seperti bahan makanan, bot, menyewa lori, generator dan pelbagai lagi barang dan perkhidmatan yang dapat dibekalkan untuk kelangsungan hidup mangsa-mangsa banjir ini.





Apa yang berlaku selepas banjir reda?
Ini adalah kesempatan kedua untuk anda menjana lebih banyak keuntungan dan membantu lebih banyak jabatan dan agensi kerajaan. Anda telah lihat diakhbar betapa teruknya banjir tersebut. Pejabat-pejabat kerajaan, sekolah, klinik kerajaan dan lain-lain fasiliti kerajaan terjejas dan rosak teruk. Di sinilah bantuan anda diperlukan untuk membekal semula perabut dan peralatan pejabat yang rosak, memperbaiki bangunan, longkang yang rosak, memperbaiki peralatan elektrikal dan mekanikal, membekalkan peralatan elektrik, komputer, pencetak yang rosak, memperbaiki kenderaan kerajaan yang rosak dimasuki air, membekal kenderaan baru  dan pelbagai lagi produk, kerja dan perkhidmatan yang boleh anda bekalkan.


Klik sini untuk maklumat buku Kuasai Kontrak Kerajaan.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bagaimana Menjadi Pembekal Kerajaan dan Mendaftar ePerolehan

Ramai usahawan dan kontraktor yang masih tidak tahu dan ragu-ragu bagaimana untuk menjadi pembekal kerajaan dan memasuki perolehan kerajaan. Kali ini saya akan bincangkan bagaimana untuk anda mendaftarkan syarikat anda menjadi pembekal kerajaan dan memperolehi status eP-Enable . Untuk menjadi pembekal kerajaan anda perlulah mendaftarkan syarikat anda di SSM dan mendaftarkan syarikat anda dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF). Pendaftaran boleh dibuat secara online di laman we ePerolehan ( www.eperolehan.gov.my ). Syarikat anda perlulah memenuhi syarat yang telah ditetapkan di laman web tersebut sebelum membuat pendaftaran. Bagi pendaftaran baru, pendaftaran semula dan pembaharuan pendaftaran, kadar bayaran yang akan dikenakan adalah RM450 sahaja untuk tempoh 3 tahun. Ramai kontraktor membayar lebih untuk pendaftaran ini kerana tidak mencari maklumat yang tepat dan hanya bayar saja contohnya syarikat setiausaha yang mendaftarkan bagi pihak mereka. Charge yang dikenakan am...

Penyebutharga Sabotaj Sebutharga Sendiri

Saya baru selesai uruskan satu sebut harga untuk jabatan saya. Satu sebut harga mudah membeli satu peralatan untuk video conference. Saya telah menghantar tawaran sebut harga tertutup kepada 13 syarikat dan hanya 7 sahaja yang berminat menyertainya dengan menghantar sebut harga sebelum tarikh tutup. Nasib baik kesemua syarikat yang menghantar sebut harga mempunyai kelayakan iaitu berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan bertaraf Bumiputera. Sebenarnya syarikat bukan Bumiputera pun boleh sertainya tapi keutamaan akan diberikan kepada syarikat bertaraf Bumiputera. Dalam ebook, saya ada terangkan bagaimana peratusan keutamaan ini di kira. Apa kelebihan syarikat bertaraf Bumiputera berbanding syarikat bukan Bumiputera dalam perolehan kerajaan. Pastikan anda dapatkan maklumat yang tepat mengenainya. Tapi, dari 7 sebut harga yang diterima, hanya 2 sebut harga sahaja yang memenuhi spesifikasi yang dinyatakan. 5 sebut harga lagi terpaksa ditolak kerana tidak memenuhi spesifikasi. Kes...

Menunggu Peruntukan Perolehan Kerajaan dan Tawaran Sebutharga dan Tender

Kini telah masuk minggu terakhir bulan Januari, banyak Jabatan dan Agensi masih belum lagi diberikan peruntukan dari Kementerian. Dalam fasa ini pihak Kementerian telah menerima peruntukan yang diminta daripada Kementerian Kewangan. Jumlah peruntukan yang diberikan adalah bergantung kepada jumlah yang diminta oleh Kementerian pada tahun sebelumnya. Pada kebiasaannya terdapat potongan kepada peruntukan yang diminta oleh Kementerian. Oleh kerana Kementerian Kewangan telah membuat potongan kepada peruntukan Kementerian, peruntukan Jabatan dan Agensi dibawahnya juga akan menerima impak. Ada kemungkinan peruntukan akan dipotong untuk perolehan yang tidak "urgent" atau perbelanjaan yang boleh dijimatkan.  Tempoh masa peruntukan dari Kementerian Kewangan sampai ke Agensi dan Jabatan adalah lebih kurang dua bulan. Biasanya pada bulan Januari dan Februari, jarang ada sebut harga dan tender dikeluarkan. Ini kerana pada masa tersebut peruntukan belum ada, walaupun perolehan / ...