Langkau ke kandungan utama

Banyak Perolehan Kerajaan Pada Hujung Tahun

Kini kita telah memasuki fasa hujung tahun, tahun 2016 tinggal satu setengah bulan dari sekarang.
Jadi, apa yang berlaku dalam setiap kementerian, jabatan dan agensi kerajaan?
Pada setiap hujung tahun semua syarikat akan membuat penutupan akaun dan kira-kira bagi mengetahui keuntungan atau kerugian untuk sepanjang tahun dan untuk tujuan pembayaran cukai tahunan. Ia juga berlaku dalam pengurusan kewangan kerajaan. Biasanya pada pertengahan Disember, Kementerian Kewangan akan menutup akaun dan semua pembayaran kepada pihak kontraktor perlu dibayar sebelum tarikh penutupan akaun tersebut.


Pada awal tahun semua kementerian, jabatan dan agensi telah diberikan peruntukan berdasarkan jumlah yang mereka minta pada tahun sebelumnya. Jika prestasi perbelanjaan mereka baik, mereka mungkin akan mendapat jumlah yang mereka minta. Jika prestasi perbelanjaan mereka tidak memuaskan, mungkin peruntukan mereka akan dikurangkan.

Dapatkan buku Kuasai Kontrak Kerajaan. bagi mempelajari selok belok perolehan kerajaan.
Klik sini untuk maklumat lanjut dan tempahan.
Di sini anda perlu faham, bagi syarikat biasa tidak berbelanja dan simpan duit yang banyak untuk kegunaan syarikat pada masa akan datang adalah perkara yang baik. Tapi, ini bukan perkara yang baik dalam membelanjakan wang rakyat yang telah diperuntukan. Jabatan yang gagal mencapai KPI untuk menghabiskan perbelanjaan untuk perkara yang telah mereka rancangkan pada tahun sebelumnya akan dikenakan tindakan.

Dalam pengurusan jabatan kerajaan peruntukan yang telah diberikan mesti dihabiskan, jika tidak ia perlu dipulangkan kepada Kementerian Kewangan untuk diberikan kepada jabatan lain yang memerlukan peruntukan tambahan.

Jadi oleh sebab sekarang sudah hujung tahun, maka semua kementerian, jabatan dan agensi biasanya masih mempunyai peruntukan yang masih berbaki dan perlu mereka habiskan. Di sinilah peluang anda sebagai seorang usahawan yang bijak dan berilmu untuk mencuri peluang yang telah sedia terhidang. 

Anda hanya perlu pergi ke mana kementerian, jabatan dan agensi dan tanyakan apa yang mereka perlukan. Mereka amat perlukan kontraktor untuk mereka berikan duit yang masih ada kepada kontraktor yang layak. Mereka akan mula "shopping" kerana mahu habiskan peruntukan yang telah diberikan untuk mencapai KPI mereka dan tidak dikenakan tindakan.

Peruntukan yang berjaya dihabiskan dengan berhemah akan menjadikan mereka jabatan yang mempunyai pengurusan kewangan yang baik dan peruntukan tahun hadapan yang akan diberikan tanpa dipotong dimana-mana bahagian kerana mereka bijak dan pandai menguruskan wang rakyat.

Jadi jika anda mahu merebut peluang ini, inilah masanya! Belajar dan bertindak sekarang.
Dapatkan ebook Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan bagi mempelajari proses perolehan kerajaan, penggunaan sistem ePerolehan dan bagaimana memenangi sebutharga pertama anda!

Klik sini untuk maklumat lanjut dan tempahan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bagaimana Menjadi Pembekal Kerajaan dan Mendaftar ePerolehan

Ramai usahawan dan kontraktor yang masih tidak tahu dan ragu-ragu bagaimana untuk menjadi pembekal kerajaan dan memasuki perolehan kerajaan. Kali ini saya akan bincangkan bagaimana untuk anda mendaftarkan syarikat anda menjadi pembekal kerajaan dan memperolehi status eP-Enable . Untuk menjadi pembekal kerajaan anda perlulah mendaftarkan syarikat anda di SSM dan mendaftarkan syarikat anda dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF). Pendaftaran boleh dibuat secara online di laman we ePerolehan ( www.eperolehan.gov.my ). Syarikat anda perlulah memenuhi syarat yang telah ditetapkan di laman web tersebut sebelum membuat pendaftaran. Bagi pendaftaran baru, pendaftaran semula dan pembaharuan pendaftaran, kadar bayaran yang akan dikenakan adalah RM450 sahaja untuk tempoh 3 tahun. Ramai kontraktor membayar lebih untuk pendaftaran ini kerana tidak mencari maklumat yang tepat dan hanya bayar saja contohnya syarikat setiausaha yang mendaftarkan bagi pihak mereka. Charge yang dikenakan am...

Penyebutharga Sabotaj Sebutharga Sendiri

Saya baru selesai uruskan satu sebut harga untuk jabatan saya. Satu sebut harga mudah membeli satu peralatan untuk video conference. Saya telah menghantar tawaran sebut harga tertutup kepada 13 syarikat dan hanya 7 sahaja yang berminat menyertainya dengan menghantar sebut harga sebelum tarikh tutup. Nasib baik kesemua syarikat yang menghantar sebut harga mempunyai kelayakan iaitu berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan bertaraf Bumiputera. Sebenarnya syarikat bukan Bumiputera pun boleh sertainya tapi keutamaan akan diberikan kepada syarikat bertaraf Bumiputera. Dalam ebook, saya ada terangkan bagaimana peratusan keutamaan ini di kira. Apa kelebihan syarikat bertaraf Bumiputera berbanding syarikat bukan Bumiputera dalam perolehan kerajaan. Pastikan anda dapatkan maklumat yang tepat mengenainya. Tapi, dari 7 sebut harga yang diterima, hanya 2 sebut harga sahaja yang memenuhi spesifikasi yang dinyatakan. 5 sebut harga lagi terpaksa ditolak kerana tidak memenuhi spesifikasi. Kes...

Menunggu Peruntukan Perolehan Kerajaan dan Tawaran Sebutharga dan Tender

Kini telah masuk minggu terakhir bulan Januari, banyak Jabatan dan Agensi masih belum lagi diberikan peruntukan dari Kementerian. Dalam fasa ini pihak Kementerian telah menerima peruntukan yang diminta daripada Kementerian Kewangan. Jumlah peruntukan yang diberikan adalah bergantung kepada jumlah yang diminta oleh Kementerian pada tahun sebelumnya. Pada kebiasaannya terdapat potongan kepada peruntukan yang diminta oleh Kementerian. Oleh kerana Kementerian Kewangan telah membuat potongan kepada peruntukan Kementerian, peruntukan Jabatan dan Agensi dibawahnya juga akan menerima impak. Ada kemungkinan peruntukan akan dipotong untuk perolehan yang tidak "urgent" atau perbelanjaan yang boleh dijimatkan.  Tempoh masa peruntukan dari Kementerian Kewangan sampai ke Agensi dan Jabatan adalah lebih kurang dua bulan. Biasanya pada bulan Januari dan Februari, jarang ada sebut harga dan tender dikeluarkan. Ini kerana pada masa tersebut peruntukan belum ada, walaupun perolehan / ...