Syarikat Bumiputera mempunyai nilai peratus keutamaan untuk memenangi perolehankerajaan. Keutamaan ini adalah diberikan bagi mengekalkan daya saing dikalangan kontraktor Bumiputera agar dapat bersaing dengan kontraktor bukan Bumiputera. Dari segi definisi sebuah syarikat diiktiraf sebagai sebuah syarikat Bumiputera jika memenuhi kreteria seperti berikut:
Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada pemilikan saham syarikat dimiliki oleh Bumiputera dimana pemilikan saham individu Bumiputera hendaklah melebihi saham individu bukan Bumiputera
- Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada Lembaga Pengarah syarikat dipegang oleh Bumiputera
- Jawatan Ketua Eksekutif, Pengarah Urusan atau Pengurus Besar dan jawatan-jawatan penting lain (key post) hendaklah dipegang oleh Bumiputera
- Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada pekerja syarikat hendaklah terdiri dari Bumiputera
- Pengurusan kewangannya hendaklah dikuasai oleh Bumiputera
- Carta organisasi dan fungsi pengurusan syarikat hendaklah menunjukkan penguasaan sepenuhnya oleh Bumiputera.
Pemberian
taraf Bumiputera dan pengeluaran sijil kepada sesebuah syarikat yang layak bagi
bidang bekalan dan perkhidmatan akan dibuat oleh Kementerian Kewangan sahaja
dan bidang kerja akan dibuat oleh PKK sahaja.
Bagi perolehan yang melebihi RM
100,000, Jabatan atau Agensi kerajaan dikehendaki memberi keutamaan harga
kepada syarikat Bumiputera untuk perolehan bekalan dan perkhidmatan mengikut
peratusan yang telah ditetapkan seperti
di bawah:
Nilai
Perolehan Peratusan Keutamaan
Melebihi RM 100,000 hingga RM 500,000
sebanyak 10 peratus
Melebihi RM 500,000 hingga RM 1.5 juta sebanyak 7 peratus
Melebihi RM 1.5 juta hingga RM 5 juta sebanyak 5 peratus
Melebihi RM 5 juta hingga RM 10 juta sebanyak 3 peratus
Melebihi RM 10 juta hingga RM 15 juta sebanyak 2.5 peratus
Melebihi RM 500,000 hingga RM 1.5 juta sebanyak 7 peratus
Melebihi RM 1.5 juta hingga RM 5 juta sebanyak 5 peratus
Melebihi RM 5 juta hingga RM 10 juta sebanyak 3 peratus
Melebihi RM 10 juta hingga RM 15 juta sebanyak 2.5 peratus
Keutamaan harga ini adalah berdasarkan
kepada nilai tawaran terendah dan boleh diterima dari syarikat Bukan
Bumiputera.
Contohnya tawaran terendah yang
diterima oleh syarikat Bukan Bumiputera dalan sebuah tender adalah RM 10 juta.
Maka peratus keutamaan adalah 5 peratus.
Kiraannya adalah RM 10 juta X 5 peratus
= RM 500,000
Jika satu syarikat Bumiputera memasuki
tender tersebut dengan RM 10.5 juta, syarikat tersebut layak diberi keutamaan
untuk memenangi tender tersebut dgn syarat melepasi keperluan teknikal.
Walaupun terdapat syarikat bukan bumiputera yang menawarkan harga lebih rendah
dari nilai tersebut.
Untuk lebih makulmat dalam perolehan
kerajaan dan bagaimana untuk anda memenangi perolehan kerajaan. Sila dapatkan buku Kuasai Kontrak Kerajaan di sini:
Tinggalkan Komen anda tentang posting ini.LIKE Facebook kami!
Ulasan
Catat Ulasan