Sudah dua bulan saya tidak menulis diblog ini, diharap anda tuan dan puan masih setia menjadi pembaca blog ini. Kali ini saya akan bicarakan satu isu yang agak sensitif, tapi bukanlah rahsia kerana formula, kaedah dan caranya tidak dikelaskan sebagai rahsia oleh pendaftar rahsia kerajaan. Oleh kerana setiap jabatan dan agensi kerajaan mempunyai cara tersendiri untuk menilai sebutharga dan tender yang dikeluarkan. Ramai yang bertanya adakah apa yang saya kongsikan ini rahsia kerajaan? Adakah mereka bersalah dan boleh dikenakan tindakan jika menggunakannya? Ini berlaku kerana orang awam terutama kontraktor tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan rahsia kerajaan. Sebenarnya, apa yang saya kongsikan adalah rahsia, tapi bukan rahsia kerajaan. Ia rahsia kerana kontraktor kerajaan dan kakitangan awam yang tidak terlibat dalam melakukan perolehan dan penilaian tidak mengetahuinya. Dalam sebuah sebutharga memang tidak boleh lari dari penilaian kewangan dan penilaian teknikal. Kali ini s...
Tips dan maklumat bagi memenangi sebutharga dan tender kerajaan.