Kini kita telah memasuki fasa hujung tahun, tahun 2016 tinggal satu setengah bulan dari sekarang. Jadi, apa yang berlaku dalam setiap kementerian, jabatan dan agensi kerajaan? Pada setiap hujung tahun semua syarikat akan membuat penutupan akaun dan kira-kira bagi mengetahui keuntungan atau kerugian untuk sepanjang tahun dan untuk tujuan pembayaran cukai tahunan. Ia juga berlaku dalam pengurusan kewangan kerajaan. Biasanya pada pertengahan Disember, Kementerian Kewangan akan menutup akaun dan semua pembayaran kepada pihak kontraktor perlu dibayar sebelum tarikh penutupan akaun tersebut. Pada awal tahun semua kementerian, jabatan dan agensi telah diberikan peruntukan berdasarkan jumlah yang mereka minta pada tahun sebelumnya. Jika prestasi perbelanjaan mereka baik, mereka mungkin akan mendapat jumlah yang mereka minta. Jika prestasi perbelanjaan mereka tidak memuaskan, mungkin peruntukan mereka akan dikurangkan. Dapatkan buku Kuasai Kontrak Kerajaan. bagi mempel...
Tips dan maklumat bagi memenangi sebutharga dan tender kerajaan.