Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

Kaedah Perolehan Yang Biasa Dilakukan Kerajaan

Terdapat sepuluh kaedah ataupun cara pihak kerajaan melakukan perolehan dan kita akan bincangkan enam daripadanya yang menjadi kebiasaan bagi Jabatan atau Agensi kerajaan. Kaedah perolehan kerajaan adalah seperti yang disenaraikan di bawah: Perolehan Melalui Pancar Wang Runcit Kebiasaannya perolehan dengan cara ini adalah untuk membeli bekalan bagi kegunaan dalam kadar segera. Jumlah harga setiap perolehan mestilah tidak melebihi RM 500 dan tiada dokumen perolehan diperlukan tetapi mestilah disertakan dengan resit perolehan. Perolehan boleh dilakukan dari orang perseorangan, kedai atau pembekal dan tidak perlu berdaftar dengan Kementerian Kewangan atau bertaraf Bumiputera. Perolehan Melalui Kontrak Pusat Barang yang biasa dibeli melalui kontrak pusat adalah seperti perabut, kenderaan, perkhidmatan percetakan, uniform dan banyak lagi barang-barang yang bersifat gunasama. Perolehan dengan cara ini perlu merujuk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Jab...

Keutamaan Syarikat Bumiputera Dalam Perolehan Kerajaan

Syarikat Bumiputera mempunyai nilai peratus keutamaan untuk memenangi perolehankerajaan . Keutamaan ini adalah diberikan bagi mengekalkan daya saing dikalangan kontraktor Bumiputera agar dapat bersaing dengan kontraktor bukan Bumiputera. Dari segi definisi sebuah syarikat diiktiraf sebagai sebuah syarikat Bumiputera jika memenuhi kreteria seperti berikut: Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada pemilikan saham syarikat dimiliki oleh Bumiputera dimana pemilikan saham individu Bumiputera hendaklah   melebihi saham individu bukan Bumiputera Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada Lembaga Pengarah syarikat dipegang oleh Bumiputera Jawatan Ketua Eksekutif, Pengarah Urusan atau Pengurus Besar dan jawatan-jawatan penting lain (key post) hendaklah dipegang oleh Bumiputera Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada pekerja syarikat hendaklah terdiri dari Bumiputera Pengurusan kewangannya hendaklah dikuasai oleh Bumiputera Carta organisasi dan fungsi pengurusan syarikat hendaklah m...